Masjid Nabi SAW akan dirobohkan?
Masjid Nabi SAW akan dirobohk a n? Baru-baru ini akhbar “The Independent” melaporkan rancangan Arab Saudi untuk meruntuhkan salah satu daripada tiga buah masjid tertua di dunia yang menjadi mercu tanda kesayangan seluruh umat Islam, iaitu Masjid Nabawi di Madinah. Projek pembangunan itu akan bermula sebaik saja musim haji tahun ini berakhir. Menurut laporan tersebut, kebanyakan kerja-kerja pembinaan bagi Masjid Nabawi akan dijalankan di kawasan barat masjid tersebut dan apabila siap nanti, dijangkakan ianya akan mampu menempatkan manusia paling ramai di dunia iaitu seramai 1.6 juta orang jemaah. Mungkinkah Kubah Hijau Masjid Nabawi bakal tinggal kenangan Namun di sebalik pembangunan yang menelan belanja SR25 bilion (RM20.5 bilion) itu timbul pula kebimbangan di kalangan umat Islam apabila melibatkan pemusnahan kesan-kesan tinggalan terpenting dalam sejarah Islam terutamanya kubah hijau di masjid berkenaan yang menaungi makam ju